My Instagram @vitamin.beautypro

Thursday, 5 December 2019

Doa Amalan Ketika Mengandung, Doa Mudah Bersalin & Cara Menyambut Kelahiran Menurut Islam



Assalamualaikum, hai selamat petang semua!

Alhamdulillah, hari ni kandungan Cikraa dah menginjak ke 22 minggu. Tangan pun rajin nak menulis ni so Cikraa nak share sikit pada semua tentang doa amalan semasa mengandung yang Cikraa amalkan setiap hari. 

Doa amalan ni sangat penting untuk ibu-ibu supaya kandungan sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat, pada waktu yang sama sebagai salah satu cara ibu berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. 

Didiklah anak sejak dari dalam kandungan! Semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh dan solehah, serta menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Aaamin.


Doa amalan yang Cikraa amalkan ni Cikraa ada dapat dari dalam laman FB yang dikongsi oleh sahabat. Nashkah asalnya dihasilkan oleh Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Johor. Jom kita baca sama-sama.

BAHAGIAN 1 : DOA AMALAN SEMASA MENGANDUNG



Di sini Cikraa sertakan sekali maksud doa (e) yang tertera di atas.

“Ya Allah, lindungilah bayi ini selama ada dalam kandungan ibunya. Dan berikanlah kesihatan kepada bayi dan ibunya. Tidak ada kesihatan selain kesihatan daripadaMu, kesihatan yang tidak diakhiri dengan penyakit lain.
Ya Allah bentuklah dia di dalam rahim ibunya dengan rupa yang elok, dan tanamkanlah hati bayi ini dengan iman kepada Mu dan kepada RasulMu. Keluarkanlah bayi ini daripada kandungan ibunya pada waktu yang telah ditetapkan dalam keadaan sihat dan selamat. 
Ya Allah, jadikanlah bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas, dan mengerti dalam urusan agama.
Ya Allah, berikanlah bayi ini umur yang panjang, kesihatan jasmani dan rohani, baik budi pekertinya, fasih lisannya, serta elok suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis. Dengan keberkatan Nabi Muhammad SAW, wahai yang memiliki segala puji-pujian, Tuhan sekalian alam.”

BAHAGIAN 2 : DOA MUDAH UNTUK BERSALIN

Apabila dah menghampiri saat-saat nak melahirkan, bolehlah amalkan doa-doa ni supaya mudah untuk bersalin dan dipermudahkan urusan. Seeloknya diamalkan pada trimester ketiga setelah 
usia kandungan menginjak pada angka 7 bulan ke atas.

Doa-doa ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri yang nak bersalin je, suami yang resah menunggu di luar atau yang masuk menemani isteri bersalin juga digalakkan membacanya. InshaAllah, dengan izinNya semuanya akan berjalan dengan lancar.




Ini pula maksud doa yang ke-9 di atas, iaitu doa Maryam. Maksudnya :

“Hana melahirkan Maryam, sedangkan Maryam telah melahirkan ‘Isa. Keluarlah (lahirlah) hai anak dengan sebab kekuasaan Raja (Allah) yang disembah”.

Doa ini boleh dibaca berulang-ulang kali semampu yang boleh semasa proses bersalin atau dibaca oleh suami/orang yang hadir ketika proses bersalin.

Manakala untuk doa yang ke-10 pula bermaksud :

“Ya Allah tiada yang mudah melainkan Engkau jadikannya mudah dan tiada kedukaan melainkan yang Engkau akan hilangkan.”

Doa ini boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja ketika anda mengalami kesusahan atau kedukaan.


BAHAGIAN 3 : CARA MENYAMBUT KELAHIRAN

Alhamdulillah setelah menimang cahaya mata, maka haruslah kita mengucapkan syukur kepada Ilahi di atas amanah kurniaanNya. 

Biasanya sujud syukur setelah bersalin ni dilakukan oleh para suami kerana para ibu telah pun kehabisan tenaga dan berada dalam keletihan setelah bersalin.

Ianya tersangatlah mudah dan boleh diselesaikan dalam tempoh 2 minit.

Sekiranya tidak menghafal doa di atas, cukuplah sekadar melafazkan ucapan "Alhamdulillah" kita panjatkan kepada Allah di atas kurniaanNya semasa melakukan sujud syukur.



Ibnu Abbas meriwatkan bahawa doa diatas iaitu :

“u’idhukuma bikalimatillahi-tammati,min kulli shaitanin wa hammatin, wa minkulli’ainin lammah".

adalah digunakan oleh baginda Rasulullah S.A.W. untuk kedua cucu baginda iaitu Al-Hasan dan Al-Husin.

Doa tersebut bermaksud :

“Aku memohon perlindungan untukmu melalui kalimah Allah yang sempurna, dari segala kejahatan dan kemudaratan, dan dari segala pandangan yang membahayakan.”



Setelah itu, eloklah disusuli dengan amalan-amalan sunat kelahiran bayi seperti bercukur, akikah, bertahnik dan sebagainya. 

Semoga perkongsian Cikraa ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para ibu dan para bapa yang bakal menyambut kelahiran bayi di luar sana.

Sebagai peringatan, jadikanlah ayat-ayat suci Al-Quran sebagai amalan setiap hari untuk diri sendiri dan keluarga. Bukan hanya sekadar amalan ketika mengandung dan bersalin sahaja.

Akhir kata, semoga perjalanan para ibu dan bapa di luar sana dipermudahkan dan sentiasa berada dalam limpah rahmatNya.

InshaAllah.








No comments:

Post a Comment