My Instagram @vitamin.beautypro

Sunday, 22 December 2019

Disclaimer Produk

December 22, 2019 0 Comments

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh badan pemakanan dan dadah mana-mana negara.

 Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun dianggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.

Memandangkan penulis ada menyertakan testimoni pengguna produk yang disarankan, sila ambil perhatian bahawa pengalaman yang dikongsi oleh pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan. Maklumat dalam blog/laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber rujukan sahaja, bukan sebagai nasihat perubatan. Setiap individu mungkin mengalami pengalaman yang berlainan dan tidak semestinya sama.

Tiada claims, guarantee, warranty atau assurance yang dijanjikan. Pengalaman pengguna yang disertakan bukan bermaksud untuk digunakan sebagai diagnosis atau rawatan penyakit sebaliknya maklumat yang terkandung dalam blog/laman web adalah sah untuk menyarankan penggunaan vitamin/suplemen dan mineral untuk menjauhi sebarang kekurangan vitamin/suplemen dan mineral dalam badan.

Penulis dan pengedar berkaitan tidak bertanggungjawab untuk sebarang salah interpretasi atau salah guna maklumat dalam blog/laman web ini.


Sebarang maklumat lanjut boleh terus tanya Cikraa

Your Trusted Shaklee Distributor

Nurul Shazira binti Ismail
+60196027250

Thursday, 5 December 2019

Doa Amalan Ketika Mengandung, Doa Mudah Bersalin & Cara Menyambut Kelahiran Menurut Islam

December 05, 2019 0 Comments


Assalamualaikum, hai selamat petang semua!

Alhamdulillah, hari ni kandungan Cikraa dah menginjak ke 22 minggu. Tangan pun rajin nak menulis ni so Cikraa nak share sikit pada semua tentang doa amalan semasa mengandung yang Cikraa amalkan setiap hari. 

Doa amalan ni sangat penting untuk ibu-ibu supaya kandungan sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat, pada waktu yang sama sebagai salah satu cara ibu berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. 

Didiklah anak sejak dari dalam kandungan! Semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh dan solehah, serta menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Aaamin.


Doa amalan yang Cikraa amalkan ni Cikraa ada dapat dari dalam laman FB yang dikongsi oleh sahabat. Nashkah asalnya dihasilkan oleh Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Johor. Jom kita baca sama-sama.

BAHAGIAN 1 : DOA AMALAN SEMASA MENGANDUNG



Di sini Cikraa sertakan sekali maksud doa (e) yang tertera di atas.

“Ya Allah, lindungilah bayi ini selama ada dalam kandungan ibunya. Dan berikanlah kesihatan kepada bayi dan ibunya. Tidak ada kesihatan selain kesihatan daripadaMu, kesihatan yang tidak diakhiri dengan penyakit lain.
Ya Allah bentuklah dia di dalam rahim ibunya dengan rupa yang elok, dan tanamkanlah hati bayi ini dengan iman kepada Mu dan kepada RasulMu. Keluarkanlah bayi ini daripada kandungan ibunya pada waktu yang telah ditetapkan dalam keadaan sihat dan selamat. 
Ya Allah, jadikanlah bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas, dan mengerti dalam urusan agama.
Ya Allah, berikanlah bayi ini umur yang panjang, kesihatan jasmani dan rohani, baik budi pekertinya, fasih lisannya, serta elok suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis. Dengan keberkatan Nabi Muhammad SAW, wahai yang memiliki segala puji-pujian, Tuhan sekalian alam.”

BAHAGIAN 2 : DOA MUDAH UNTUK BERSALIN

Apabila dah menghampiri saat-saat nak melahirkan, bolehlah amalkan doa-doa ni supaya mudah untuk bersalin dan dipermudahkan urusan. Seeloknya diamalkan pada trimester ketiga setelah 
usia kandungan menginjak pada angka 7 bulan ke atas.

Doa-doa ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri yang nak bersalin je, suami yang resah menunggu di luar atau yang masuk menemani isteri bersalin juga digalakkan membacanya. InshaAllah, dengan izinNya semuanya akan berjalan dengan lancar.




Ini pula maksud doa yang ke-9 di atas, iaitu doa Maryam. Maksudnya :

“Hana melahirkan Maryam, sedangkan Maryam telah melahirkan ‘Isa. Keluarlah (lahirlah) hai anak dengan sebab kekuasaan Raja (Allah) yang disembah”.

Doa ini boleh dibaca berulang-ulang kali semampu yang boleh semasa proses bersalin atau dibaca oleh suami/orang yang hadir ketika proses bersalin.

Manakala untuk doa yang ke-10 pula bermaksud :

“Ya Allah tiada yang mudah melainkan Engkau jadikannya mudah dan tiada kedukaan melainkan yang Engkau akan hilangkan.”

Doa ini boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja ketika anda mengalami kesusahan atau kedukaan.


BAHAGIAN 3 : CARA MENYAMBUT KELAHIRAN

Alhamdulillah setelah menimang cahaya mata, maka haruslah kita mengucapkan syukur kepada Ilahi di atas amanah kurniaanNya. 

Biasanya sujud syukur setelah bersalin ni dilakukan oleh para suami kerana para ibu telah pun kehabisan tenaga dan berada dalam keletihan setelah bersalin.

Ianya tersangatlah mudah dan boleh diselesaikan dalam tempoh 2 minit.

Sekiranya tidak menghafal doa di atas, cukuplah sekadar melafazkan ucapan "Alhamdulillah" kita panjatkan kepada Allah di atas kurniaanNya semasa melakukan sujud syukur.



Ibnu Abbas meriwatkan bahawa doa diatas iaitu :

“u’idhukuma bikalimatillahi-tammati,min kulli shaitanin wa hammatin, wa minkulli’ainin lammah".

adalah digunakan oleh baginda Rasulullah S.A.W. untuk kedua cucu baginda iaitu Al-Hasan dan Al-Husin.

Doa tersebut bermaksud :

“Aku memohon perlindungan untukmu melalui kalimah Allah yang sempurna, dari segala kejahatan dan kemudaratan, dan dari segala pandangan yang membahayakan.”



Setelah itu, eloklah disusuli dengan amalan-amalan sunat kelahiran bayi seperti bercukur, akikah, bertahnik dan sebagainya. 

Semoga perkongsian Cikraa ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para ibu dan para bapa yang bakal menyambut kelahiran bayi di luar sana.

Sebagai peringatan, jadikanlah ayat-ayat suci Al-Quran sebagai amalan setiap hari untuk diri sendiri dan keluarga. Bukan hanya sekadar amalan ketika mengandung dan bersalin sahaja.

Akhir kata, semoga perjalanan para ibu dan bapa di luar sana dipermudahkan dan sentiasa berada dalam limpah rahmatNya.

InshaAllah.








Saturday, 1 December 2018

Salam Perkenalan 💕

December 01, 2018 0 Comments
Assalamualaikum semua, alhamdulillah akhirnya terhasil jua blog nukilan Cikraa ni. Lama jugak la Cikraa berhempas pulas belajar nak buat blog ni, tu pun hasil belajar dari Google ja.😂

Cikraa budak baru belajar lagi. Kalau ada yang perlu penambahbaikan, boleh tolong ajarkan ya.

Memandangkan ni entry blog Cikraa yang pertama, Cikraa nak buat sesi suaikenal ja dulu, yela kan orang kata tak kenal maka tak cinta kan? 😍

Haa, Cikraa tahu apa yang korang nak kenal mula²? Pssst, sini, tengok gambaq sebelah ni 👉, kalau nak kenal ni la empunya diri Cik raa. Biasa² ja orangnya.

Asyik sebut² je nama Cikraa tapi tak tahu apa nama sebenar Cikraa kan? Nama diberi oleh ma dan abah ialah Nurul Shazira binti Ismail. Lahir pada 7 April 1992. Dah 26 tahun dah pun.

But I am not single. Dah berpunya dah pun, alhamdulillah dah nak menginjak ke angka 3 tahun menjadi suri hati Mr. Mohd Nazir Abd Taleb. Mempunyai seorang puteri hati tersayang, Nur Nayla Qaisara. 😍

Buah hati pengarang jantung Cik raa 💕

Selalu kan ada je yang bertanya, Cikraa ni orang mana? Kenapa dengar cakap macam ke belah2 utara? Kedah ke Penang?

Haha ,dua² salah teka. Cikraa ni asal tulen orang Kelantan. Ma dan abah memang dari azalinya ore kelate. Tapi kenapa tak cakap kelantan?

Al kisahnya Cikraa dah terbiasa cakap KL, cakap standard orang kata, al maklum sajalah kawan² Cikraa selalu komplain bila Cikraa cakap loghat kelate, tak faham, dah tu Cikraa ni jenis tak suka nak kena ulang² banyak kali. Baik cakap bahasa diaorang faham kan?

Dah tu tang mana datangnya loghat kedah? Haa, yang ni sejak² lepas kahwin je, dok belajaq cakap loghat kedah sebab husben orang sana. Tambah² lepas kahwin memang menetap di Kedah, so memang persekitarannya orang dok cakap loghat utara la, dah jadi terikut² then lama² dah terbiasa. Sampai orang dok ingat Cikraa ni memang asal orang Kedah, tu diaa piorr tak piorr cakap loghat Utara.

Tapi jangan salah faham. Cikraa tak pernah lupa negeri kelahiran Cikraa. Kelantan dihatiku.
"Gomo Kelate Gomo" 💕.

Sebab kalau kat kampung, memang Cikraa kecek kelate, make budu la katakan. Jumpa saing² sekolah lama pun, kecek kelate la. Tak lupa daratan pun. Dont judge me ikut sesuka hati ye!

Tak suka sangat bila orang dok kata lupa asal usul la, apa la. 😭 Tak salah kan kalau kita mengasimilasikan diri kita mengikut persekitaran setempat kan? Asalkan jangan malu nak mengaku orang kampung sudah la. Yang ni memang lupa daratan! 👊

Dah panjang sangat dah Cik raa melalut ni, biasa la bila part kenalkan diri, memang takkan habis jual diri. Opss, jangan salah faham, maksud Cikraa jual diri tu, 'branding' diri la. Nanti orang tak kenal pulak kalau malu nak 'branding'.

Oh ya, lupa nak habaq yang Cikraa ni peminat supplemen kesihatan dan kecantikan tau! Sebab apa? Bagi Cikraa kesihatan dan kecantikan diri adalah dua anugerah yang Tuhan kurniakan untuk kita jaga untuk memastikan kita dapat menunaikan ibadah yang sempurna terhadapNya.

Tak ramai yang memberi fokus kepada kesihatan tubuh badan seperti yang dititikberatkan dalam Islam. Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Menunaikan hak terhadap tubuh badan bermaksud menikmati tahap keupayaan tubuh badan yang benar² baik dan selamat dari segi fizikal,mental, emosi dan rohani secara optimum sehingga berupaya untuk mencapai potensi diri dan matlamat kehidupan mengikut landasan agama.

Nampak tak? Betapa pentingnya Islam menggalakkan kita untuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri kita.

Sebab ni la Cikraa berniaga Shaklee. Kalau nak kenal, Shaklee ni syarikat pengeluar supplemen kesihatan dan kecantikan dari US. Tentang Shaklee ni, nanti Cikraa cerita dalam next entry ye!

Cikraa ni pengedar sah Shaklee tau!
Nak order boleh direct whatsapp Cikraa ye.

Nurul Shazira Ismail
ID:1293593
+60196027250
Ok la, cukup la dulu part suai kenal ni kan. Cikraa nak undur diri dulu.

Jangan lupa follow Cikraa tau!

Facebook : Nurul Shazira Ismail
Instagram : @nurulshazira.ismail @vitamin.beautypro 
Twitter : @EiyraSyazira

See you soon! Sayonara 👋